PAKEJ PERKAHWINAN LUXURY BALLROOM IDCC

Event Wedding & Catering merupakan Sebuah Syarikat Pengurusan Majlis Dan Penyediaan Makanan (Katerer) Untuk Pelbagai jenis majlis Seperti Majlis Perkahwinan, Pernikahan, Majlis korporat, Seminar, Majlis perlancaran, Majlis Makan Malam dan lain lain.

Kemudahan yang mudah diakses melalui Shah Alam Expressway dan Federal Lebuhraya.

Jika Anda Sedang Mencari Perkhidmatan Yang Berkualiti Di Dalam Pengurusan Majlis Perkahwinan Dan Pelbagai Acara Dengan Harga Yang Berpatutan, Anda Berada Di Pilihan Yang Betul. Kami Menyediakan Pelbagai Pakej Bermula Dari Harga Mampu Milik, Pakej Yang Pasti Akan Menangkap Hati Anda. Kami Gembira Untuk Berkhidmat Dengan Anda.

Misi
Event Wedding & Catering Adalah Untuk Terus Berusaha Di Dalam Mencapai Matlamat Yang Jelas Iaitu Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Kepada Pelanggan, Menjaga Kualiti Pengurusan Dan Penyediaan Makanan, Serta Menjaga Prestasi Yang Baik Di Pasaran. Team Akan Berpegang Teguh Kepada Berkelakuan Moral Dan Menjaga Etika Untuk Mencapai Wawasan.

PAKEJ LENGKAP HALL BALLROOM IDCC


Perkahwinan ideal anda di Shah Alam bersama kami untuk membuat anda sekali dalam hari istimewa seumur hidup menjadi salah satu kenangan terbaik anda.

PAKEJ MAJLIS PELANCARAN PRODUK / KORPORAT & SEMINAR
Kami juga menawarkan pakej katering untuk syarikat-syarikat seperti katering untuk Majlis Doa Selamat, Majlis Perasmian/Pelancaran, Seminar,.

PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Jika anda bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, tentu sekali dada sedang berdegup kencang. Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi. Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disudahkan dengan baik.

Apa yang lebih penting, semoga majlis berjalan lancar dah diberkati. Amin..

1. PILIH TARIKH

Memilih tarikh ketika musim perayaan akan menyebabkan harga barangan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi. Jadi, para peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tak nak kita terpaksa beli tetapi satu langkah pembelian yang tidak bijak. Barangan yang paling ketara sekali mahal jika musim perayaan ialah makanan seperti ayam, daging.

Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi kegemaran pasangan untuk memilih tarikh perkahwinan. Hal ini untuk memudahkan saudara mara, rakan dan taulan datang ke majlis mereka. Jika semua pasangan beranggapan begini, maka akan ramailah yang kahwin semasa cuti persekolahan.

Kesannya, akan berlaku peningkatan harga terutama dari segi upah mak andam dan sebagainya.

Seperkara lagi, jangan nak tarikh yang fancy-fancy sangat. Tidak perlu ikutkan kehendak sendiri. Lebih baik tanya ibu-bapa, hormati tarikh apa yang mereka mahu.

2. HADIRI KURSUS KAHWIN

Kursus kahwin adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum pasangan akad nikah dan sah menjadi suami isteri. Kursus kahwin penting kerana secara kasar setiap pasangan akan mengetahui dan memahami tanggungjawab isteri kepada suami begitu juga sebaliknya. Untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan semudah memakan kacang, bukak dan telah, tetapi perlukan ilmu asas dan pengetahuan yang 80% akan diterina semasa kursus ini.

Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tetapi mereka belum mengambil kursus itu, mereka perlulah mengambil kursus tersebut seelok-eloknya tiga bulan sebelum berlangsungnya majlis. Jika dia telah mengambil kursus itu 2 atau 3 tahun yang lepas, kalau boleh, anda perbahuruilah semula kursus anda supaya pengetahuan berkaitan perkahwinan akan lebih segar dalam ingatan.

3. MENEMPAH DEWAN, HOTEL, CATERING DAN LAIN-LAIN

Majlis yang berseri-seri dengan kehadiran ramai saudara mara dan rakan taulan, beserta makanan yang lazat adalah diidamkan setiap pasangan pengantin ditambah pula dengan keanggunan wajah dan baju pengantin yang cantik dipakai oleh mempelai adalah impian setiap pasangan. Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.

Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal. Dewan perkara utama perlu ditempah selepas mendapat tarikh perkahwinan yang muktamad. Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Semasa membuat tempahan, pastikan anda telah mengetahui anggaran jumlah tetamu yang dijemput supaya pihak dewan boleh membuat perkiraan dan semuanya dapat diuruskan dengan lancar.

Pakej Perkahwinan Event Space © 2018/19
Design by NajihaOnline
Share on Facebook Share
Share on TwitterTweet
Share on Google Plus Share
Share on Pinterest Share
Share on LinkedIn Share
Share on Digg Share
Print Print
0
Total Shares