Alif Teega Nikah Di Songkhla Empat Hari Sebelum Anniversary?

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan sudah pun berkahwin lain dan perkara itu turut disahkan isterinya, Aisyah Hijanah.

Terbaru, tular gambar di aplikasi TikTok memaparkan Alif bersama isteri keduanya berserta maklumat perkahwinan dimana tertera nama Alif serta pengantin perempuan, Fatin Umaidah.

Menerusi gambar itu juga, turut ditulis ‘Gambar Pasangan Berkahwin’ dan tarikh akad nikah adalah pada 21 November lalu

Malah, tempat akad nikah pasangan itu disatukan sebagai suami isteri turut ditulis di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Semalam, Alif berkongsikan dia sudah berkahwin lain kerana mahu mengelakkan sebarang spekulasi tentang dirinya serta fitnah orang mengata.

Sementara itu, isterinya Aisyah turut meminta agar orang ramai tidak berkata yang buruk kepada Alif serta isteri barunya serta mendoakan yang baik-baik buat dia dan suaminya.

Sementara itu, isterinya Aisyah turut meminta agar orang ramai tidak berkata yang buruk kepada Alif serta isteri barunya serta mendoakan yang baik-baik buat dia dan suaminya.

SUMBER : https://www.rotikaya.com/alif-teega-nikah-di-songkhla-empat-hari-sebelum-anniversary/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *