Musim durian dah tiba, jom ramai-ramai rebut pakej makan dalam kebun serendah RM70

Kelihatan Saidi Bundan (tiga, kanan) menunjukkan durian Musang King yang semakin mendapat tempat kepada penggemar durian. Turut sama, Pengurus PembangunanProduk dan Perkhidmatan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Anuwar Yaakob (dua, kanan).

TOURISM Malaysia mensasarkan jualan pakej Durian Tourism lebih RM2 juta menerusi pelbagai pakej menarik ditawarkan oleh 27 pengendali pelancongan tempatan melibatkan 12 negeri bermula Jun ini sehingga Disember 2025.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Saidi Bundan berkata lebih menarik lagi, 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 ditawarkan itu memberi peluang kepada pelancong tempatan dan luar negara merasai pengalaman berada di dusun durian sambil menikmati buah tersebut.

Menurut beliau, tawaran harga bagi pakej itu adalah serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan durian di Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari tiga hari dua malam di Bentong Bilut Hills, Pahang.

pakej perkahwinan lengkap seremban 2025 2026
Saidi Bundan (kanan) ketika melancarkan Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 di Broga Orchard Hill, Lenggeng pada Khamis.

“Pelbagai aktiviti lain ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buahbuahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf.

“Jualan pakej Durian Tourism pada tahun 2023 merekodkan sebanyak RM1.6 juta iaitu peningkatan ketara berbanding RM107,000 pada tahun sebelumnya, jadi kita optimis nilai jualan ini akan terus meningkat dengan pelbagai pakej disediakan,” katanya selepas pelancaran pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 di Broga Orchard Hill, Lenggeng, Negeri Sembilan pada Khamis.

Saidi Bundan (empat dari kiri) bersama ejen pelancongan yang menyediakan pakej percutian sambil menikmati kelazatan raja buah.

Beliau berkata pakej tersebut meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula Jun.

Dalam pada itu, Saidi berkata selain Brunei, Tourism Malaysia juga menyasarkan pasaran luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura menerusi penerbitan bahan promosi pakej Durian Tourism dalam bahasa Mandarin.

“Kami percaya pakej pelancongan durian ini tidak hanya memberikan kepuasan kepada pencinta durian tempatan tetapi juga mampu menarik minat kehadiran pelancong antarabangsa terutamanya dari China, Brunei, Singapura dan Hong 

Beliau berkata usaha itu juga dapat mempromosikan lebih banyak destinasi negara ini kepada pelancong tempatan dan asing sekali gus memberi impak kepada ekonomi setempat.

“Selain menandakan sokongan kita terhadap program agropelancongan diterajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, promosi pakej ini juga mencerminkan komitmen kerajaan kepada pembangunan pelancongan lestari seiring dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pekej ini, anda boleh melayari laman web Tourism Malaysia.

SUMBER : https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2024/06/28/musim-durian-dah-tiba-jom-ramai-ramai-rebut-pakej-makan-dalam-kebun-serendah-rm70

https://www.youtube.com/watch?v=1wN4SpBtlNg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *