Nasi lemak 3 ekor bilis, tiada telur dijual RM4 sebungkus… Sambal pun tak ada, peniaga kata ‘bukan versi biasa’

Pelanggan tersebut terpaksa meminta kuah lauk yang lain sebagai ganti sambal nasi lemak. -Gambar hiasan (kiri)

NASI lemak dijadikan santapan di pagi hari sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia.

Selain dimasak sendiri di rumah, nasi lemak juga boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan mahupun restoran untuk pelanggan menikmati sajian tersebut.

Bagaimanapun, masih ada lagi peniaga nasi lemak yang mementingkan keuntungan semata-mata, tanpa menghiraukan kualiti makanan yang dijual.

Berkongsi cerita di laman sosial Facebook, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa apabila menganggap nasi lemak yang dibeli tidak berbaloi dengan harga yang ditetapkan.

Pakej-katering-seremban-Sajian-Desa
Peniaga jujur pasti dapat menarik ramai pelanggan. -Gambar hiasan

“Kisah lucu di pagi hari, niat nak support peniaga kecil tapi ini balasan yang saya dapat?

“RM4 dapat ikan bilis tiga ekor, kacang sebiji setengah, dua hirisan timun, telur rebus tiada langsung.

“Minta sambal nasi lemak tak ada, katanya nasi lemak dia ‘versi lain’ jadi terpaksa minta sambal dari lauk yang lain,” luahnya.

Menurut pelanggan itu dia sebenarnya sering membeli di gerai kegemarannya Abang Mat, namun pada hari tersebut terpanggil untuk membeli di gerai berbeza sekali gus dapat membantu peniaga lain.

Lebih membuatkan dia kesal apabila telur mata dijual pada harga RM2, menjadikan harga nasi lemak lebih mahal iaitu RM6.

“Ya tahu harga barang mentah naik, terpaksa naikkan harga jualan tapi tak kan la jual nasi lemak tak lengkap.

“Sampai sambal tak ada, telur rebus pun tak ada walaupun secebis.

“Mahal tak apa kalau lengkap segalanya, tapi ini nasi lemak tak lengkap itu yang agak kecewa,” jelasnya.

Walaupun hampa dengan servis makanan yang dijual, dia tetap mendoakan penjual terbabit terus berjaya dalam dunia perniagaan.

Pakej-katering-dan-Kanopi-seremban
Antara komen netizen

Melewati ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah peniaga yang mengambil ringan kepuasan pelanggan.

“Kadang-kadang penjual kedekut sangat, dia tak fikir dengan memberi lebih kacang, ikan bilis dan sambal boleh buat pelanggan senang.

“Peniaga macam ini dia tak mahu pelanggan ulang-ulang beli, cukuplah sekali.

“Bila semua meniaga dia pun nak berniaga tapi kedekut,” demikian antara komen netizen.

Pelanggan itu bagaimanapun tidak menyatakan nama dan lokasi gerai nasi lemak yang dibelinya itu.

SUMBER : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2024/07/02/nasi-lemak-3-ekor-bilis-tiada-telur-dijual-rm4-sebungkus-peniaga-kata-memang-tiada-sambal-sebab-bukan-versi-biasa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *