SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)
SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN

Kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mesti ingin mengetahui semakan kadar harga mas kahwin atau mahar mengikut negeri masing-masing. Disini kami kongsikan semakan harga mas kahwin mengikut negeri.

APA ITU MAS KAHWIN / MAHAR

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al- ‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Terdapat 2 jenis kaedah mahar, iaitu:

Mahar Musamma.
Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN

Berikut adalah merupakan kadar semakan harga mas kahwin mengikut negeri:

Mas Kahwin Johor
Bagi anak dara adalah RM22.50.
Bagijanda pula adalah RM22.50.

Mas Kahwin Melaka
Bagi anak dara adalah RM100.00.
Bagijanda pula adalah RM100.00.

Mahar Negeri Sembilan
Bagi anak dara adalah RM24.00.
Bagijanda pula adalah RM12.00.

Mas Kahwin Negeri Selangor
Bagi anak dara adalah RM300.00.
Bagijanda pula adalah RM300.00.

Mas Kahwin KL
Bagi anak dara adalah RM80.00.
Bagijanda pula adalah RM40.00.

Mahar Perak
Bagi anak dara adalah RM101.00.
Bagijanda pula adalah RM101.00.

Mahar Pulau Pinang
Bagi anak dara adalah RM24.00.
Bagijanda pula adalah RM24.00.

Mas Kahwin Kedah
Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.

Mas Kahwin Perlis
Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.

Mas Kahwin Terengganu
Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.

Mas Kahwin Kelantan
Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.

Mas Kahwin Sabah
Bagi anak dara adalah RM80.00.
Bagijanda pula adalah RM80.00.

Mahar Sarawak
Bagi anak dara adalah RM120.00.
Bagijanda pula adalah RM120.00.

Mahar Labuan
Bagi anak dara adalah RM80.00.
Bagijanda pula adalah RM80.00.

NOTA: Bagi negeri yang tiada ketetapan mahar, anda perlu menggunakan dua kaedah untuk menentukan mahar ini iaitu menggunakan kaedah mahar mithil atau menggunakan kaedah mahar musamma.

sumber :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *